Powered By Blogger

Wednesday, March 23, 2011

rindu-rinduan

semalam chat dengan wea yang berada di timur tengah. Alhamdulillah, wea sihat dan sudah pindah ke rumah sendiri. Sedang sembang-sembang, wea mula buat hal lama, hal apa pulak... Hal apa lagi kalau bukan rindu kat rumah, rasa nak balik lah... Tinggal kat sana serba tidak kena lah... Aduih, kekadang bila fikir-fikir, kesian lah pulak,..tapi kalau ikutkan perasaan tu, macamana dengan masa depan...semua tu memerlukan pengorbana...sabar wahai adik ku...
Kami di sini mampu doa kan untuk kejayaan wea di sana. Ok belajar rajin-rajin.

Tuesday, March 22, 2011

sekolah oh sekolah

hari ni sudah masuk tiha hari sessi persekolahan, tapi mood aku masih lagi nak bercuti. huh kerja perkeranian pun banyak lagi tak selesai..buat yati,jangan tak buat.
Ok lah tengah mengajar ni...

Perkhabaran dari timur tengah

Alhamdulillah dapat juga berita dari wea...katanya,wea selamat sampai di ardhu kinanah pada pukul 5.30 petang waktu tempatan.Penat aku tunggu balasan sms dari wea,rupa-rupanya perkhidmatan "mpok" dan buat hal kat sana..sabau je lah. Setakat ni wea belum dapat tempat tinggal lagi, sekadar tumpang di rumah kawan-kawan satu negeri. Apapun, kami di tanah air,mendoakan hanya yang teerbaik untuk wea di sana.

Monday, March 21, 2011

Menunggu panggilan dari jauh..

Rasanya wea dah sampai egypt, tapi tak dapat pun sebarang panggilan atau SMS dari wea...mungkin MPOK buat hal lagi...Tak pelah mungkin wea letih mengharungi perjalanan dari Kota Bharu. Rehat lah wea...

Dikir barat

Apa erti kemerdekaan,
Bagi umat melayu kita,
taknak terima perubahan,
anak cucu jadi mangsa,
orang lain nak rebut peluang,
takkan kita nak tengok saja,
sedang masa tetap berjalan,
sesaat tak tunggu kita,
Dilema, dilema, dilema, melayu kita..

Anak orang baca buku,
Anak kita main PS2,
Anak orang masuk U,
Anak melayu masuk lokap,
Anak orang minum susu,
Anak melayu teguk ubat,
Sampai bila kita nak maju,
kalau tak nak ubah sikap,
Dilema, dilema, dilema, melayu kita..

Kereta orang kereta masedis,
Kereta kita kereta secandhand,
Kereta orang asap nipis,
Kereta kita asap tebal,
Kereta orang hidup dengan suis,
Kereta kita mati tolak sokmo,
Beli baru tak ada duit,
Beli beras pun hutang sokmo,
Dilema, dilema, dilema, melayu kita..

Anak orang jadi peniaga,
Anak kita jadi kuli,
Anak orang baju lawa,
Anak kita baju lusuh,
Anak orang bahagia,
Anak kita duduk pening,
Jadi mangsa dadah ganja,
Jadi mangsa budaya kuning,
Dilema, dilema, dilema, melayu kita..

Anak orang pergi masejid,
Anak kita dok tepi jalan,
Anak orang jadi pengantin,
Anak kita buang janin,
Anak orang perangai baik,
Anak kita rupa syaitan,
Cucuk lengan bawak penyakit,
tak dak fikir masa depan,
Dilema, dilema, dilema, melayu kita..






Salam perjuangan

"Baru sampai dubai ni,transit 5jam jugak" itu lah sms yang aku terima dari adinda ku Ridhuan. Alhamdulillah, dapat juga wea bercuti free ..harap-harap wea dapat belajar dengan lebih semanagt selepas ini....
Emm...macam-macam lah wea ni, rezeki wea dapat balik bercuti free, zaman aku belajar dulu tak ada pula berlaku rusuhan di Mesir tu. Kami doa kan, wea mendapat apa yang di impikan di sana..rebutlah peluang yang ada, jangan sia-sia kan peluang belajar, semoga wea balik ke tanah air denga ilmu penuh di dada...
ps: wea suka sangat dengan budak-budak kecik ni...budak-budak pun suka denga wea...aku pun tak tahu kenapa...

Saturday, March 19, 2011

cuti oh cuti

penat baru sampai dari kelate,walaupun berat hati nak balik ke melaka hari ni. Berkali-kali ma pesan "balik la awal2,esok semo ore pakak balik,mesti jem jalan tuh"..pesan org tua, ada baiknya...
Alhamdulillah, sib baik semua bjln ngan baik.td,masa smpai kt machang,keta aku mengekor ikut kereta belajar memandu..ntah mcmana sampai satu selekoh tetiba 2buah kereta dr belakang memotong keta aku nga keta belajar memandu kt depan...huhuhu xsampai 10 meter tersengih jpj tahan keta yg memotong kt double line td...hahaha aku juga terguling gelak kan diaorg, xbaik sungguh aku nih.
Badan dah bucuk na, nak bersiram jap...