Powered By Blogger

Sunday, August 29, 2010

Popia mini

Pagi minggu ni, aku bertungkus lumus gulung popia mini...minggu depan dah nak balik kg...xde masa lagi nak buat...Bagai nak lentok kepala untuk menyudahkan sekilo serunding...nasib baik saat akhir my Hubby...Opsss bukan my Hubby ... tapi my Toby tolong gulungkan... kalau ikut kan kualiti mengulung tu tak brapa memuaskan.. tapi xpela my Toby nak tolong pun dah bersyukur...huhuhu

Cara nak buat Popiah mini ni senang jer...
  • Sediakan kulit popiah, dan potong 4
  • masukan inti serunding 
  • gulung macam buat popiah biasa
  • gamkan dengan tepung yang dibancuh dengan air supaya tidak terbuka.
  • Kemundian di goreng di atas api yang sederhana.
  • bila dah nampak kekuningan boleh lah di angkat...

 
 Hah... macam ni lah rupanya bila dah siap...



Selamat mencuba...