Jururawat maut tak sempat pindah rumah baru
2011/01/05
ANGGOTA polis mengangkat mayat Che Esah (gambar kecil) yang maut apabila motosikal ditungganginya bergesel dengan kereta dari arah sama di hadapan Stesen Penyiaran ManisFM, Jalan Sultan Yahaya Petra, Kota Bharu semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Che Esah Che Noh, 31, bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II dalam perjalanan ke bank mengeluarkan wang.
Mangsa dari Pasir Tumboh menunggang motosikal bergesel dengan kenderaan lain sehingga mengakibatkan hilang kawalan.
Allahyarham Che Soh mempunyai tiga anak berusia antara tiga hingga lapan tahun meninggal di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat.
Saudara mangsa, Rofiah Mohd, 43, berkata arwah dijadual berpindah ke rumah barunya di Pasir Tumboh yang baru siap.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1957

No comments:
Post a Comment